Perkhidmatan bas mini henti-henti di sandakan berdepan risiko gulung tikar jika kadar tambang bas pada 2009 masih lagi digunapakai.<br /><br />Tambang sedia ada dikatakan sudah tidak relevan dan tidak mampu untuk menampung kos bahan api dan penyelenggaraan kenderaan.<br /><br />Justeru Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah diharap dapat menyemak semula jadual tambang baharu berdasarkan perkembangan semasa.
